Assalamualaikum.
So, today iz my turn dalam slot lets preach UM.
Actually teks dah siap minggu lepas tapi rasa tak cukup lagi sebab macam sikit sangat. Atau aku yang tamak haloba muahaha
Im not good at making words. Seriously. But bila dah datang mood nak menulis, buat ayat semua tu... haa can't stop.
Nak share sikit lah (walaupun tkda yg baca) (aku mls nak promote) (ok)
Bismillah...
Dalam kehidupan seharian kita, sudah tentu kita akan bertemu dan berinteraksi dengan orang disekeliling kita seperti ahli keluarga, sahabat, pakcik kantin, tukang kebun, aci kedai runcit dan sebagainya.
Segala ucapan dan patah kata yang kita keluarkan, semestinya akan mempengaruhi emosi dan hubungan kita dengan orang sekeliling kita.
Jika kita bercakap ikut sedap kita saja tanpa memikirkan tentang perasaan dan emosi orang lain, ini akan menyebabkan terjadinya konflik dan akan longgarlah tali persahabatan. Konflik dan perbalahan akan berlaku jika setiap orang bersikap degil,ego dan hanya mementingkan kesenangannya sendiri tanpa melakukan tolak ansur ataupun pengorbanan untuk mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.
Bagaimanapun, orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah tidak bersikap seperti itu☺
mereka tidak akan mementingkan diri sendiri, suka memaafkan dan sentiasa bersabar. Bahkan, apabila mereka dizalimi mereka bersedia mengabaikan hak-hak mereka dan sentiasa berlapang dada untuk memaafkan.
mereka tidak akan mementingkan diri sendiri, suka memaafkan dan sentiasa bersabar. Bahkan, apabila mereka dizalimi mereka bersedia mengabaikan hak-hak mereka dan sentiasa berlapang dada untuk memaafkan.
Adakah kita tergolong dalam golongan ini?
(Insha Allah, usaha. Doa.)
Ini merupakan sifat mulia yang diperintahkan Allah kepada orang-orang beriman.
Dalam Surah Fussilat ayat 34-35 yang bermaksud:
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat."
Sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut, sebagai balasan atas perbuatan baiknya org-org yg beriman, Allah mengubah musuh mereka menjadi 'teman yang setia', kerana ini merupakan satu RAHSIA Allah. Bagaimanapun, hati❤ manusia berada ditangan Allah. Dia mengubah hati❤ dan fikiran sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
Dalam ayat lainnya, Allah mengingatkan kita tentang pengaruh ucapan yang baik dan lemah-lembut. Sebagaimana Allah memerintahkan Nabi Musa dan Harun agar mendatangi Firaun dgn lemah lembut. Meskipun Firaun itu zalim, bongkak, dan kejam, Allah memerintahkan Rasul-Nya agar berbicara kepadanya dengan lemah lembut.
Allah menjelaskan alasannya dalam al-Quran dalam surah Thaha ayat 43-44 yang bermaksud:
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut."
Ayat-ayat ini memberitahu kepada orang-orang yang beriman tentang sikap yang mereka perlu terapkan terhadap orang-orang kafir, musuh-musuh mereka dan orang-orang yang sombong.
Perbuatan baik seperti itu akan mendorong kepada sifat mahmudah seperti sabar, azam yang tinggi, kesopanan dan kesusilaan
Allah telah mengungkapkan bahawa Dia akan menjadikan perbuatan baik orang-orang yang beriman akan menghasilkan manfaat kepada orang lain dan akan mengubah musuh-musuh menjadi teman jika mereka mentaati perintah-Nya dan melakukan akhlak yang baik dan tip-top
Wallahualam.
Moga apa yg aku sampaikan, aku dapat pratikkan dalam kehidupan harian aku. Insha Allah.
Memang susah kadang-kadang nak buat baik dengan orang yang jahat dengan kita. Tapi, tak semestinya perbuatan buruk tu kita kena balas dengan perbuatan yang buruk juga. Pernah lah jugak aku rasa nak balas dendam je kalau orang bluetickkan aku hahaha emo je kan. Tapi bila fikir balik, tak bagus pun actually balas dendam ni. Banyak benda buruk akan jadi. Kawan baik pun boleh jadi musuh tradisi 7 keturunan ko tau?
Aku selalu pesan dekat zaty, dan pesan kat diri sendiri jugak;
"Jangan pendam lama-lama, nanti jadi dendam." -2012
Like seriously. Kalau dah lama sangat pendam, surely benda tu kau peram lama-lama dalam hati kan. Lepastu dah lama-lama jadi keladak berdaki semua tu. Lepastu berbau pulak tu. Then bila kau dah bau tu rasa disgusting sangat kan. Then kau marah. Dan end up jadi dendam. Camtu lah analogi merapu aku ni. Hahahaha k dah.
Let it out. Suarakan pendapat, suarakan ketidak-puas-hati-an anda. Kalau tak luah apa yg terbuku dalam hati, sampai bila nak sakit hati kan. Gaduh la kau situ haa tapi benda tu sekejap je. Yang penting hati ko puas dan lega kan. At least boleh cari jalan penyelesaian lepastu. Maybe satu perubahan yang baik akan berlaku. Siapa tahu kan.
Surely, memaafkan tu bukan benda mudah. Tapi, cuba. Insha Allah ikhlas tu datang.
Stay strong!
P/s; panjangnya bebel. Kbai